nuffnang

Thursday, 7 February 2013



Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan ; manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang.
Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1.295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ). Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu ; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut Dan Setiu. Daerah dalam Negeri Terengganu dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu Dan Besut. Kemudiannya pada 1 januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikan ketujuh di negeri Terengganu. Tiap-tiap daerah ini di tadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut : Kuala Terengganu,60,654.3 hektar ; Kemaman, 253,559.9 hektar ; Dungun, 273,503.1 hektar ; Marang, 66,654.3 hektar ; Hulu Terengganu, 387,462.6 hektar ; Setiu, 130,436.3 dan Besut, 123,367.8 hektar. Penduduk Terengganu bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1912 penduduk Terengganu berjumlah 153,765 orang. Pada tahun 1951 seramai 236,300 orang. Seterusnya meningkat lagi pada tahun 1959 ke angka 278,147 orang dan tahun 1960 seramai 306,942. Pada tahun 1963 berjumlah 339.816 orang dan pada tahun 1970 berjumlah 405,751 orang. Jumlah seterusnya meningkat pada tahun 1990 ke angka 756,300 orang. Kini (1998 ) penduduk Terengganu kira-kira 1 juta orang. Daripada jumlah ini 90 peratus adalah orang Melayu dan bakinya terdiri daripada orang Cina dan India. Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu. Kegiatan utama ekonomi ialah perikanan. Hasil petrolium menguatkan lagi ekonomi negeri.





Koala adalah sejenis haiwan yang terdapat di Australia dan ia seakan mirip seekor beruang yang bersaiz kecil. Tahukah kawan-kawan nama saintifik si koala di sebut Phascolarctos yang membawa maksud beruang yang memiliki kantung berwarna kelabu dihadapan perutnya


Pergunungan Canyon


TerbaiKKKk BoHHHHhhhHhh..!!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Created with flickr slideshow.